Gambar Sekolah

Gambar Sekolah

Wednesday, December 13, 2023

Program Pelancaran Kempen Sihat Cegah Rokok dan Vape

Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok 🚬 dan Vape merupakan satu usaha program pencegahan menangani salah laku disiplin berkaitan rokok dan vape dalam kalangan murid sekolah. 

Objektif program ini ialah:

1. Membimbing murid tahu dan faham akan kesan bahaya rokok dan vape.

2. Membimbing murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengatakan TIDAK kepada merokok dan menghisap vape.

3. Memperkasakan Duta Sahsiah Murid sebagai agen penyampai maklumat kepada rakan sebaya dan warga pendidikan. 

Pihak sekolah telah menjemput Pegawai Perhubungan Sekolah, Sarjan Joseph Langub dan wakil PIBK, Madam Eveleyn Zetta Liaw untuk mengikuti program pelancaran ini. Sarjan Joseph Langub juga diajak untuk memberi ceramah Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok & Vape

Semua warga sekolah berkumpul di Pusat Sumber

Bacaan Rukun Negara oleh Cikgu Sia Kwong Wei

Bacaan Doa oleh Cikgu Firdaus bin Sedek

Gimik Pelancaran Kempen Sihat Cegah Rokok & Vape

Bacaan teks KPM oleh Cikgu Arics Chieng Kie Siong

Ceramah diberi oleh Sarjan Joseph Langub

Sesi bergambar "Cakap TIDAK kepada Rokok & Vape"


Disediakan oleh:

Fendy Ting 
PK HEM 
SJK C CH Trusan


Monday, December 11, 2023

KARNIVAL BAKAT DAN INOVASI PRASEKOLAH TAHUN 2023

Prasekolah SJK(C) Chung Hua Trusan telah berjaya meraikan kemenangan yang besar dalam Karnival Bakat dan Inovasi Prasekolah Peringkat Daerah Lawas Tahun 2023. Berikut merupakan pencapaian prasekolah dan senarai peserta bagi setiap pertandingan🏆🏆

Senam Tari Sihat - Johan
- Dwayne Sinau
- Ryan Aiden Rugu Melvine Morris
- Ayrton Racha Ak Fernandez
- Haylen Eloise Ak Hillery
- Aamber Rangai Romeo


Nyanyian Solo - Naib Johan
- Ayrton Racha Ak FernandezBahasa Inggeris


Bercerita - Saguhati
- Haylen Eloise Ak HilleryBahasa Inggeris


Nyanyian Solo - Penyertaan
Stephenie Sherryl Balang (Bahasa Cina


Multimedia Guru - Johan
- Guru Prasekolah, Cikgu Tuo Tai Soon


PPM Inspirasiku - Johan
Pembantu Pengurusan Murid, Puan Santih Bt Jais

Menu Kreatif- Naib Johan
- Pembantu Pengurusan Murid, Puan Santih Bt Jais


Penyertaan Prasekolah Terbaik Peringkat Daerah Lawas


Dalam Karnival Prasekolah Peringkat Negeri pula, kumpulan prasekolah telah mewakili Daerah Lawas untuk bertanding dalam Senam Tari Sihat dan Multimedia Guru. Tahniah dan syabas sekali lagi diucapkan kepada semua yang terlibat.

Disediakan oleh,
Tuo Tai Soon
Guru Prasekolah

Sunday, December 10, 2023

Ceramah Anti Buli

Pada 6.7.2023, pihak sekolah telah mengadakan ceramah Anti Buli. Pegawai Perhubungan Sekolah, Sarjan Matius Gelawat merupakan penceramah untuk aktiviti ini. Beliau telah berkongsi maklumat tentang buli dan menasihati murid-murid supaya tidak membuli orang. Aktiviti ini sangat bermanfaat untuk setiap murid. 


Ucapan alu-aluan dari Guru Besar


Sarjan Matius Gelawat memberi ceramah

Sesi bergambar dengan aksi tangan "NO"




Sambutan Hari Jadi Murid 🎂🎂

Unit HEM telah menyambut hari jadi murid 2 bulan sekali. Terima kasih atas sumbangan ibu bapa atas makanan dan hadiah. Murid-murid amat menyukai program ini kerana dapat menyambut hari jadi mereka di sekolah bersama-sama kawan mereka. 







Latihan Kebakaran👩‍🚒🧑‍🚒

Latihan Kebakaran yang diadakan pada 25.5.2023 bertujuan untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman kepada murid kaedah menyelamatkan diri semasa berlaku kebakaran. Dengan bangganya pihak sekolah telah menjemput pihak bomba untuk menyertai latihan kebakaran ini. 
Bomba menunjukkan cara memadamkan api


Bomba buat persediaan



Penyerahan panji kepada wakil pihak bomba

Murid berpeluang menaiki kereta bomba



Sesi bergambar







Year 6 PJ

 





Takwim Sekolah 2023/2024













 

Program Pelancaran Kempen Sihat Cegah Rokok dan Vape

Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok 🚬 dan Vape merupakan satu usaha program pencegahan menangani salah laku disiplin berkaitan rokok dan vape d...