Gambar Sekolah

Gambar Sekolah
Showing posts with label Panitia BM. Show all posts
Showing posts with label Panitia BM. Show all posts

Tuesday, August 20, 2024

Pidato 3 Minit Aspirasi Generasi Madani Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

Pihak sekolah telah menyertai Pidato 3 Minit pada 20 Ogos 2024 secara serentak dengan semua sekolah di Malaysia bersempena dengan Amanat Tahun Baharu Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Pelaksanaan program ini bertujuan untuk menyokong strategi ketujuh dalam Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). 

Penyertaan ini akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records iaitu Largest Students Participation In A 'Pidato' Session.


OBJEKTIF

1. Membangunkan Kemahiran komunikasi dan mencungkil bakat serta kreativiti murid dalam berpidato secara bersahaja dan meyakinkan

2. Meningkatkan pengetahuan dengan menggalakkan murid membaca dan menghayati karya ilmiah

3. Membina keyakinan diri dalam kalangan murid.

4. Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

5. Memperkukuh nilai dan etika di mana murid belajar untuk memikirkan isu-isu penting, mengambil pendirian dan menyokong pandangan mereka dengan bukti dan hujah yang kukuh


MATLAMAT 

Penglibatan murid sebagai pemidato The Malaysia Book of Records Largest Students Participation In A 'Pidato' Session.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada setiap pemidato dari kelas masing-masing kerana berjaya menyampaikan pidato di dalam kelas.


Tahun Satu - Adik Calfrin 




Tahun Dua - Adik Alicesandria Takung Joshua


Tahun Tiga - Adik Raykal Rayyan 


Tahun Empat - Adik Anatasha Sim Qiao Xin

Tahun Lima - Adik Marcurs Seliang Maun 



Tahun Enam - Adik Chan Tai Theng 


Disediakan oleh,
Bong Min Youn
Ketua Panitia Bahasa Malaysia

























Wednesday, August 7, 2024

Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Tahun 2024

Pada 23 Julai 2024 dan 6 Ogos 2024 telah berlangsung Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Tahun 2024. SJKC Chung Hua Trusan telah mengikuti pertandingan Pidato (SJK) dan Bercerita (SJK). Pertandingan Pidato telah dijalankan secara dalam talian. Manakala, pertandingan Bercerita dilangsungkan di SK Kampung Seberang. 

Penyertaan murid SJKC Chung Hua Trusan dalam Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Tahun 2024 adalah seperti berikut: 
1. Maqdeline Sangan Maun (Pertandingan Pidato SJK) 
2. Willand Dave Domanic (Pertandingan Bercerita SJK) 

Keputusan pertandingan ini adalah seperti berikut: 
1. Maqdeline Sangan Maun (Pertandingan Pidato SJK) - Naib Johan 
2. Willand Dave Domanic (Pertandingan Bercerita SJK) - Johan 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid dan guru yang terlibat. 

 Maqdeline Sangan Maun (Pertandingan Pidato SJK)


Willand Dave Domanic (Pertandingan Bercerita SJK)


Disediakan oleh,

Muhammad Firdaus Bin Mohd Sedek

Setiausaha Panitia Bahasa Malaysia

Monday, November 6, 2023

Minggu Bahasa Malaysia 2023 SJKC Chung Hua Trusan

 

Tarikh Pelaksanaan    :    23 hingga 27 Oktober 2023
  
Minggu Bahasa Malaysia 2023 telah diadakan dengan berjayanya dari 23 hingga 27 Oktober 2023 di SJK(C) Chung Hua Trusan. Pelbagai aktiviti dan pertandingan yang menarik telah dilaksanakan seperti berikut:

Tarikh

Aktiviti

Lokasi

Catatan

23 Oktober 2023

Pertandingan Kembara Bahasa Tahap 1

SJKC Chung Hua Trusan

0900 – 1000 pagi

Pertandingan Kembara Bahasa Tahap 1

SJKC Chung Hua Trusan

1030  - 1130 pagi

24 Oktober 2023

Pertandingan Sahibba Tahap 2

Pusat sumber sekolah

1030  - 1130 pagi

Pertandingan Bentuk Perkataan Tahap 1

Kelas masing-masing

1030  - 1100 pagi

25 Oktober 2023

Pertandingan Bercerita

Tingkat atas blok baharu

1030  - 1200 tengah hari

26 Oktober 2023

Pertandingan Lafazan Pantun

Tingkat atas blok baharu

1030  - 1130 pagi

27 Oktober 2023

Pertandingan Membuat Buku Skrap

Kelas masing-masing

Tema : Makanan Tradisional






Pertandingan Kembara Bahasa



Pertandingan Sahibba Tahap 2


Pertandingan Bentuk Perkataan Tahap 1


Pertandingan Bercerita dan Pertandingan Lafazan Pantun



Pertandingan Membuat Buku Skrap

Semua murid telah menglibatkan diri dengan aktifnya dalam setiap aktiviti yang dirancang. Diharap dengan adanya aktiviti seperti ini akan dapat menggalakkan murid untuk sentiasa berusaha menguasai pelbagai kemahiran dan meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Malaysia.



Dilapor oleh, 
Bong Min Youn
Ketua Panitia BM
SJK(C) Chung Hua Trusan
6 November 2023










Beaufort Handball Open U11 2025

  🎉 SJKC Chung Hua Trusan sekali lagi mencipta kegemilangan dalam Kejohanan Terbuka Handball Negeri U11 Beaufort! 🤾‍♀️🏆 SJKC Chung Hua Tr...