Gambar Sekolah

Gambar Sekolah

Tuesday, August 20, 2024

Pidato 3 Minit Aspirasi Generasi Madani Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

Pihak sekolah telah menyertai Pidato 3 Minit pada 20 Ogos 2024 secara serentak dengan semua sekolah di Malaysia bersempena dengan Amanat Tahun Baharu Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Pelaksanaan program ini bertujuan untuk menyokong strategi ketujuh dalam Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). 

Penyertaan ini akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records iaitu Largest Students Participation In A 'Pidato' Session.


OBJEKTIF

1. Membangunkan Kemahiran komunikasi dan mencungkil bakat serta kreativiti murid dalam berpidato secara bersahaja dan meyakinkan

2. Meningkatkan pengetahuan dengan menggalakkan murid membaca dan menghayati karya ilmiah

3. Membina keyakinan diri dalam kalangan murid.

4. Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

5. Memperkukuh nilai dan etika di mana murid belajar untuk memikirkan isu-isu penting, mengambil pendirian dan menyokong pandangan mereka dengan bukti dan hujah yang kukuh


MATLAMAT 

Penglibatan murid sebagai pemidato The Malaysia Book of Records Largest Students Participation In A 'Pidato' Session.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada setiap pemidato dari kelas masing-masing kerana berjaya menyampaikan pidato di dalam kelas.


Tahun Satu - Adik Calfrin 




Tahun Dua - Adik Alicesandria Takung Joshua


Tahun Tiga - Adik Raykal Rayyan 


Tahun Empat - Adik Anatasha Sim Qiao Xin

Tahun Lima - Adik Marcurs Seliang Maun 



Tahun Enam - Adik Chan Tai Theng 


Disediakan oleh,
Bong Min Youn
Ketua Panitia Bahasa Malaysia

























No comments:

Post a Comment

Kejohanan Olahraga MSSD Lawas 2025

Sekolah Kami Sekali Lagi Berjaya Mencipta Sejarah!! Dalam Kejohanan Olahraga MSSD Lawas yang baru sahaja berakhir, setiap pelajar tidak gent...