Pada 12-14 Jun 2024, Panitia Sains telah menjalankan pelbagai pertandingan untuk meningkatkan minat murid terhadap STEM.
Butiran aktiviti yang dijalankan selama 3 hari ini adalah seperti berikut:
12 Jun 2024 (Rabu)
Pertandingan STEM anjuran Panitia Sains bersama Panitia Matematik
Tahap 1: Jual Beli dan Piramid Makanan
Murid-murid sedang menjalani sesi jual beli makanan dan mereka perlu menggunakan duit sejumlah RM100 untuk membeli makanan yang diperlukan. Setelah membeli, murid perlu mengira baki duit.
Selepas itu, murid perlu melekatkan makanan yang dibeli di atas piramid makanan mengikuti jenis khasiat makanan.
Tahap 2: Bridge Building
Berikut menunjukkan hasil jambatan yang dibina oleh murid dengan menggunakan 50 batang aiskrim sahaja.
Sesi pengujian ketahanan jambatan oleh murid-murid dengan menggunakan botol mineral sebagai pemberat. Jambatan bagi kumpulan yang dapat menampung berat yang paling berat dikira sebagai pemenang.
13 Jun 2024 (Khamis)
Pertandingan Kreativiti Sains
Tahap 1: Model Human Digestion System
Murid-murid menghasilkan model sistem pencernaan manusia dengan menggunakan bahan kitar semula mengikut kreativiti masing-masing.
Tahap 2: Model Pelontar Batu
Murid-murid telah menghasilkan model pelontar batu mengikut kreativiti masing-masing.
Sesi pengujian model pelontar batu. Model pelontar batu yang dapat melontar batu dengan jarak yang paling jauh dikira sebagai pemenang.
14 Jun 2024 (Jumaat)
Pertandingan Reka Cipta Sains
Tahap 1: Model Water Filter
Berikut merupakan model water filter yang dihasilkan oleh murid-murid.
Sesi pengujian model filter water. Kumpulan yang berupaya menapis air kotor dengan paling jernih dikira sebagai pemenang.

Tahap 2: Model Handphone Stand
Murid-murid menghasilkan model handphone stand menggunakan bahan kitar semula.
Berdasarkan minggu STEM kali ini, murid-murid telah menunjukkan minat yang sangat tinggi terutamanya semasa membuat pengujian bridge building dan pelontar batu. Murid-murid telah menunjukkan kreativiti dan inovatif dalam pelbagai aktiviti yang dilaksanakan sepanjang minggu STEM ini.
Disediakan oleh,
Arics Chieng Kie Siong
Ketua Panitia Sains