Pada 12-14 Jun 2024, Panitia Sains telah menjalankan pelbagai pertandingan untuk meningkatkan minat murid terhadap STEM.
Butiran aktiviti yang dijalankan selama 3 hari ini adalah seperti berikut:
12 Jun 2024 (Rabu)
Pertandingan STEM anjuran Panitia Sains bersama Panitia Matematik
Tahap 1: Jual Beli dan Piramid Makanan
Murid-murid sedang menjalani sesi jual beli makanan dan mereka perlu menggunakan duit sejumlah RM100 untuk membeli makanan yang diperlukan. Setelah membeli, murid perlu mengira baki duit.
Tahap 2: Bridge Building
Berikut menunjukkan hasil jambatan yang dibina oleh murid dengan menggunakan 50 batang aiskrim sahaja.
13 Jun 2024 (Khamis)
Pertandingan Kreativiti Sains
Tahap 1: Model Human Digestion System
Murid-murid menghasilkan model sistem pencernaan manusia dengan menggunakan bahan kitar semula mengikut kreativiti masing-masing.
Tahap 2: Model Pelontar Batu
Murid-murid telah menghasilkan model pelontar batu mengikut kreativiti masing-masing.
14 Jun 2024 (Jumaat)
Pertandingan Reka Cipta Sains
Tahap 1: Model Water Filter
Berikut merupakan model water filter yang dihasilkan oleh murid-murid.

Murid-murid menghasilkan model handphone stand menggunakan bahan kitar semula.
No comments:
Post a Comment