Sebagai salah satu aktiviti bagi Program Guru Penyayang, Unit HEM telah menyambut hari jadi murid setiap 3 bulan sekali. Ini adalah untuk menghidupkan budaya saling menghargai antara semua warga sekolah. Murid akan berasa dihargai dan akan menghadirkan ke sekolah dengan penuh semangat. Pihak sekolah juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas goodies bag, hadiah dan kek hari jadi yang disumbang oleh ibu bapa atau penjaga.
Monday, August 26, 2024
Sambutan Hari Jadi bulan 6 , 7 & 8 π
Monday, May 27, 2024
Ceramah Bebas Denggi π¦
Objektif program ini adalah :
- Mengetahui dan menyedari bahaya denggi dan kesan-kesannya.
- Memberi kesedaran kepada para murid terhadap tanggungjawab menghapuskan tempat pembiakan dan cara mencegah pembiakan Nyamuk Aades.
- Membentuk murid yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap persekitaran mereka dan bertindak dengan segera.
SJK (C) Chung Hua Trusan
Wednesday, December 13, 2023
Program Pelancaran Kempen Sihat Cegah Rokok dan Vape
Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok π¬ dan Vape merupakan satu usaha program pencegahan menangani salah laku disiplin berkaitan rokok dan vape dalam kalangan murid sekolah.
Objektif program ini ialah:
1. Membimbing murid tahu dan faham akan kesan bahaya rokok dan vape.
2. Membimbing murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengatakan TIDAK kepada merokok dan menghisap vape.
3. Memperkasakan Duta Sahsiah Murid sebagai agen penyampai maklumat kepada rakan sebaya dan warga pendidikan.
Pihak sekolah telah menjemput Pegawai Perhubungan Sekolah, Sarjan Joseph Langub dan wakil PIBK, Madam Eveleyn Zetta Liaw untuk mengikuti program pelancaran ini. Sarjan Joseph Langub juga diajak untuk memberi ceramah Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok & Vape.
PK HEM
Sunday, December 10, 2023
Ceramah Anti Buli
Pada 6.7.2023, pihak sekolah telah mengadakan ceramah Anti Buli. Pegawai Perhubungan Sekolah, Sarjan Matius Gelawat merupakan penceramah untuk aktiviti ini. Beliau telah berkongsi maklumat tentang buli dan menasihati murid-murid supaya tidak membuli orang. Aktiviti ini sangat bermanfaat untuk setiap murid.
| Ucapan alu-aluan dari Guru Besar |
Sambutan Hari Jadi Murid ππ
Unit HEM telah menyambut hari jadi murid 2 bulan sekali. Terima kasih atas sumbangan ibu bapa atas makanan dan hadiah. Murid-murid amat menyukai program ini kerana dapat menyambut hari jadi mereka di sekolah bersama-sama kawan mereka.
Latihan Kebakaranπ©ππ§π
![]() |
| Bomba menunjukkan cara memadamkan api |
![]() |
| Bomba buat persediaan |
![]() |
| Penyerahan panji kepada wakil pihak bomba |
![]() |
| Sesi bergambar |
Beaufort Handball Open U11 2025
π SJKC Chung Hua Trusan sekali lagi mencipta kegemilangan dalam Kejohanan Terbuka Handball Negeri U11 Beaufort! π€Ύ♀️π SJKC Chung Hua Tr...
-
Dalam Karnival Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah Peringkat Daerah Lawas yang telah berlangsung pada 25 Julai 2025, kanak-kanak prasekolah...
-
Sekolah Kami Sekali Lagi Berjaya Mencipta Sejarah!! Dalam Kejohanan Olahraga MSSD Lawas yang baru sahaja berakhir, setiap pelajar tidak gent...






