Gambar Sekolah

Gambar Sekolah

Wednesday, December 13, 2023

Program Pelancaran Kempen Sihat Cegah Rokok dan Vape

Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok 🚬 dan Vape merupakan satu usaha program pencegahan menangani salah laku disiplin berkaitan rokok dan vape dalam kalangan murid sekolah. 

Objektif program ini ialah:

1. Membimbing murid tahu dan faham akan kesan bahaya rokok dan vape.

2. Membimbing murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengatakan TIDAK kepada merokok dan menghisap vape.

3. Memperkasakan Duta Sahsiah Murid sebagai agen penyampai maklumat kepada rakan sebaya dan warga pendidikan. 

Pihak sekolah telah menjemput Pegawai Perhubungan Sekolah, Sarjan Joseph Langub dan wakil PIBK, Madam Eveleyn Zetta Liaw untuk mengikuti program pelancaran ini. Sarjan Joseph Langub juga diajak untuk memberi ceramah Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok & Vape

Semua warga sekolah berkumpul di Pusat Sumber

Bacaan Rukun Negara oleh Cikgu Sia Kwong Wei

Bacaan Doa oleh Cikgu Firdaus bin Sedek

Gimik Pelancaran Kempen Sihat Cegah Rokok & Vape

Bacaan teks KPM oleh Cikgu Arics Chieng Kie Siong

Ceramah diberi oleh Sarjan Joseph Langub

Sesi bergambar "Cakap TIDAK kepada Rokok & Vape"


Disediakan oleh:

Fendy Ting 
PK HEM 
SJK C CH Trusan


No comments:

Post a Comment

Program Pelancaran Kempen Sihat Cegah Rokok dan Vape

Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok 🚬 dan Vape merupakan satu usaha program pencegahan menangani salah laku disiplin berkaitan rokok dan vape d...