Gambar Sekolah

Gambar Sekolah

Sunday, December 10, 2023

Karnival STEM 2023: Bridge Building Competition

Pada 25 Julai 2023, SJK(C) Chung Hua Trusan telah menghantar satu pasukan murid untuk menyertai Pertandingan Bridge Building Peringkat Daerah Lawas yang diadakan di SMK Lawas. Pasukan murid ini diiring oleh Cikgu Arics Chieng Kie Siong yang terdiri daripada 3 orang murid Tahun 6 iaitu Awang Mohammad Daalen Rugu Bin Awang Morsidi, Jacob Pengiran Morris dan Johnycheal Balang Peter. Murid-murid telah berjaya mendapat Johan dalam Pertandingan Bridge Buidling Peringkat Daerah Lawas. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada mereka! 








Selepas mendapat Johan dalam pertandingan bridge building pada peringkat daerah Lawas, pasukan SJK(C) Chung Hua Trusan berjaya melayakkan diri ke peringkat negeri Sarawak yang bertempat di SMK Kota Samarahan. Pertandingan ini berlangsung selama 4 hari iaitu pada 14 Ogos 2023 hingga 17 Ogos 2023. Pertandingan pada peringkat negeri ini diiring oleh Cikgu Yau Ket Kheong dan Cikgu Arics Chieng Kie Siong. Pasukan murid kekal dengan peringkat daerah iaitu Daalen, Jacob dan Balang. Atas berkat usaha dan sumbangan dari pihak sekolah, ibu bapa dan guru-guru, SJK(C) Chung Hua Trusan berjaya meraih Tempat Ke-5 pada peringkat negeri Sarawak. Tahniah dan Syabas!


Hari Pertama (Sesi Taklimat Pengurus Pasukan):






Hari Kedua dan Ketiga (Pertandingan Bridge Building):









Hari Keempat (Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah):







Melalui penyertaan pertandingan bridge bulding sempena karnival STEM, murid-murid dapat menambah ilmu pengetahuan mereka dalam bidang STEM terutamanya berkaitan pembinaaan jambatan yang kukuh. Bukan itu sahaja, murid-murid juga menjadi lebih tabah dan kental dari segi mental dan fizikal mereka disebabkan mereka kena bersaing dengan murid-murid yang hebat daripada seluruh sekolah rendah Sarawak. Pertandingan ini juga melatih murid-murid untuk menjadi lebih berani dan mempunyai keyakinan diri semasa membuat pembentangan hasil kerja mereka kepada panel juri. Syabas dan tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasukan SJK(C) Chung Hua Trusan!


Disediakan oleh:
Arics Chieng Kie Siong
Ketua Panitia Sains

No comments:

Post a Comment

Program Pelancaran Kempen Sihat Cegah Rokok dan Vape

Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok 🚬 dan Vape merupakan satu usaha program pencegahan menangani salah laku disiplin berkaitan rokok dan vape d...