π SJK(C) Chung Hua Trusan menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam Pertandingan Bola Baling Peringkat Negeri! π€Ύ♀️π€Ύ♂️
SJK(C) Chung Hua Trusan telah menghantar 7 orang pemain perempuan dan 2 orang pemain lelaki dengan jumlah 9 orang pemain untuk mewakili sekolah dalam Pertandingan Bola Baling Peringkat Negeri di Sipitang. π
Para pemain telah beraksi dengan penuh semangat, menunjukkan kerjasama pasukan, ketekunan dan semangat juang yang tinggi. Kami semua amat berbangga dengan mereka! πͺ
✨ Pasukan perempuan menunjukkan prestasi cemerlang dengan meraih Tempat Ketiga!
π Tahniah kepada adik Jizzebelle Joyce Jaffry kerana dianugerahkan sebagai “Pemain Perempuan Terbaik” atas kemahiran dan prestasinya yang luar biasa! π
π₯ Pasukan lelaki juga menunjukkan prestasi membanggakan apabila berjaya mara ke suku akhir!
Walaupun tidak berjaya ke peringkat seterusnya, semangat dan usaha mereka amat dihargai! π₯
π Ucapan Terima Kasih:
Terima kasih kepada semua ibu bapa atas sokongan dan sumbangan yang diberikan. ❤️
Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada jurulatih dan guru pengiring atas bimbingan dan pengorbanan masa serta tenaga. Usaha anda menjadi inspirasi kepada murid-murid! ππ
π
Tahniah kepada semua pemain! Anda semua kebanggaan sekolah! π
Saturday, October 18, 2025
Sipitang Handball Open U11 2025
Friday, September 12, 2025
Karnival Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2025
Kami yakin, pada masa akan datang, dia pasti mampu menampilkan pencapaian yang lebih cemerlang. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada guru pembimbing serta ibu bapa atas sokongan dan dorongan yang tidak pernah putus, yang menjadikan anak-anak lebih yakin dan bersemangat dalam perjalanan pembelajaran mereka.
Friday, August 1, 2025
Karnival Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah Peringkat Zon Tujuh Tahun 2025
Dalam Karnival Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah Peringkat Daerah Lawas yang telah berlangsung pada 25 Julai 2025, kanak-kanak prasekolah sekolah kita telah menunjukkan prestasi yang amat cemerlang dan membanggakan. Walaupun hanya menyertai dua pertandingan sahaja, iaitu Smart Digital dan Tarian Lagu Rakyat, namun kita telah berjaya merangkul Johan dalam kedua-dua pertandingan tersebut. Dengan ini, semua peserta dalam kedua-dua pertandingan ini telah mewakili Daerah Lawas untuk menyertai pertandingan peringkat Zon Tujuh yang disertai oleh 5 zon iaitu Zon Miri, Zon Subis, Zon Baram, Zon Limbang dan Zon Lawas.
Pada 31 Julai 2025, pasukan prasekolah sekali lagi berjaya meraikan kemenangan yang besar dalam Karnival Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah Peringkat Zon Tujuh. Walaupun kali ini merupakan kali pertama prasekolah kita menyertai Pertandingan Tarian Melayu, namun kumpulan tarian prasekolah juga berjaya mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Tarian Lagu Rakyat Peringkat Zon. Dalam Pertandingan Smart Digital pula, adik Hysen Anak Hillery telah berjaya mendapat Johan dan dia akan mewakili Zon Tujuh untuk meneruskan perjuangan dalam Peringkat Negeri Sarawak yang akan dijalankan di Bintulu dalam bulan September nanti.Kejayaan ini mencerminkan komitmen ibu bapa, bakat dan potensi kanak-kanak prasekolah serta dedikasi guru yang membimbing mereka. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat! Akhir sekali, kita berdoa agar adik Hysen dapat membawa balik berita yang manis dalam pertandingan peringkat negeri nanti.
Berikut merupakan senarai kanak-kanak prasekolah yang menyertai pertandingan,
1. Smart Digital
- Hysen Anak Hillery
2. Tarian Lagu Rakyat
- Michelle Eve Marjuni
- Abell Adriella Aldy Adry
- Mohamad Putra Alfainie Safwan Bin Abdullah
- Terrence Hazekiel Japlee
- Jaythen Sudai Jacklee Peliton
Sunday, May 11, 2025
Kejohanan Olahraga MSSD Lawas 2025
Sekolah Kami Sekali Lagi Berjaya Mencipta Sejarah!!
Dalam Kejohanan Olahraga MSSD Lawas yang baru sahaja berakhir, setiap pelajar tidak gentar menghadapi cabaran dan berjuang dengan semangat yang tinggi, mencipta legenda kami dengan peluh dan usaha. Dari pelarian penuh semangat di padang, hingga sorakan kegembiraan selepas pertandingan, setiap detik mempamerkan dedikasi dan kerja keras seluruh warga sekolah. Kejohanan ini bukan sekadar acara sukan, tetapi juga satu pameran semangat perpaduan, perjuangan, dan kesungguhan.
Wakil atlet sekolah kami telah mencatatkan pencapaian luar biasa dalam pelbagai acara, meraih kejayaan yang belum pernah dicapai sebelum ini. Oleh itu, sekolah kami berpeluang untuk menonjol dalam kalangan 31 sekolah yang menyertai kejohanan ini dan meraihkan pencapaian yang amat membanggakan.
Keputusan keseluruhan adalah seperti berikut:
- 56 mata (11/31)
- Anugerah Kategori Terbaik P11 Kejohanan Olahraga MSSD Lawas 2025
- Olahragawati Kejohanan Olahraga MSSD Lawas 2025 - Ashley Sara Joseph
- 80m Lari Berpagar P11 - Pingat Emas (Ashley Sara Joseph)
- 100m Lari Pecut P11 - Pingat Emas (Ashley Sara Joseph berjaya memecahkan rekod 100m yang telah bertahan selama 13 tahun)
- 200m Lari Pecut P11 - Pingat Gangsa (Jizzebelle Joyce Jaffry)
- Lontar Peluru 12 Tahun ke bawah Lelaki - Pingat Gangsa (Willand Dave Domanic)
- 4x100m Lari Berganti-ganti Kategori Perempuan - Tempat Keempat
- Lompat Tinggi P11 - Tempat Keempat (Ashley Sara Joseph)
- Lompat Jauh P11 - Tempat Keempat (Jizzebelle Joyce Jaffry)
- 80m Lari Berpagar P12 - Tempat Kelima (Vivie Ally Rugu Melvine Morris)
- 100m Lari Pecut L11 - Tempat Kelima (Danny Tan)
Kejohanan Olahraga ini bukan sahaja memberi peluang untuk melihat potensi diri, tetapi juga memberikan inspirasi kepada setiap orang untuk berusaha lebih gigih dalam mengejar impian mereka. Marilah kita bersama-sama mengingati sejarah ini, terus berusaha dan mencipta lebih banyak keajaiban pada masa depan!
Dengan ini, pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tingginya penghargaan kepada barisan jurulatih yang telah bertungkus lumus menjalankan latihan serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dalam pelbagai aspek terutamanya kepada Madam Evelyn Zetta Liaw dan Madam Monica Tamin atas komitmen mereka yang tidak berbelah bahagi. Tidak dilupakan juga Madam Novia Aster Johan yang telah menaja peralatan latihan. Dengan adanya sokongan daripada anda semua, barulah wujudnya kejayaan SJK(C) Chung Hua Trusan pada hari ini!
Wednesday, April 30, 2025
Pertandingan Bola Baling MSS Sarawak 2025
Pertandingan bola baling peringkat negeri telah pun berakhir..
Walaupun tiga wakil sekolah kita tidak berjaya mendapat pingat, namun ini merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan. Semoga tahun hadapan dapat melangkah lebih jauh. Teruskan usaha dan semangat!
Wednesday, April 16, 2025
Pertandingan Bola Baling Bahagian Limbang 2025
Berita baik datang lagi!!
Pasukan Bola Baling Perempuan Daerah Lawas berjaya mempertahankan gelanggang sendiri dan menjuarai Kejohanan Bahagian Limbang. Mereka akan bertolak ke Kanowit minggu depan untuk menyertai pertandingan bola baling peringkat negeri Sarawak. Namun, pasukan lelaki tewas dengan perbezaan satu mata sahaja – suatu kekalahan yang cukup menyayat hati. Walau bagaimanapun, kita tetap menghargai usaha dan pengorbanan mereka.
Tahniah kepada tiga orang pemain bola baling perempuan dari sekolah kita! Semoga mereka terus membawa berita baik untuk kita semua!
Tuesday, April 8, 2025
Pertandingan Bola Baling Daerah Lawas 2025
Tahniah kepada pasukan bola baling sekolah kita kerana sekali lagi mencipta sejarah!
Dalam Pertandingan Bola Baling Peringkat Daerah Lawas yang telah berlangsung pada 8.4.2025, pasukan perempuan telah berjaya meraihkan Naib Johan manakala pasukan lelaki pula berada di kedudukan lima teratas, malangnya terlepas pingat hanya dengan satu gol. Walaupun murid-murid sekolah kita mempunyai kekurangan dari segi fizikal, mereka sentiasa berpegang teguh pada semangat tidak mudah menyerah kalah dan tidak putus asa, berjuang hingga ke akhir, yang mana sangat membanggakan.
Dalam Pertandingan Bola Baling Peringkat Bahagian Limbang yang akan datang, tiga pemain dari sekolah kita telah terpilih untuk mewakili pasukan bola baling Lawas iaitu Willand Dave Domanic, Gladys Sarina Sinau dan Vivie Ally Rugu Melvine Morris. Diharapkan mereka dapat meneruskan usaha mereka dalam perlawanan yang akan datang dan membawa berita baik kepada kita.
Beaufort Handball Open U11 2025
π SJKC Chung Hua Trusan sekali lagi mencipta kegemilangan dalam Kejohanan Terbuka Handball Negeri U11 Beaufort! π€Ύ♀️π SJKC Chung Hua Tr...
-
Dalam Karnival Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah Peringkat Daerah Lawas yang telah berlangsung pada 25 Julai 2025, kanak-kanak prasekolah...
-
Sekolah Kami Sekali Lagi Berjaya Mencipta Sejarah!! Dalam Kejohanan Olahraga MSSD Lawas yang baru sahaja berakhir, setiap pelajar tidak gent...













































