Gambar Sekolah

Gambar Sekolah

Tuesday, April 8, 2025

Pertandingan Bola Baling Daerah Lawas 2025

Tahniah kepada pasukan bola baling sekolah kita kerana sekali lagi mencipta sejarah!

Dalam Pertandingan Bola Baling Peringkat Daerah Lawas yang telah berlangsung pada 8.4.2025, pasukan perempuan telah berjaya meraihkan Naib Johan manakala pasukan lelaki pula berada di kedudukan lima teratas, malangnya terlepas pingat hanya dengan satu gol. Walaupun murid-murid sekolah kita mempunyai kekurangan dari segi fizikal, mereka sentiasa berpegang teguh pada semangat tidak mudah menyerah kalah dan tidak putus asa, berjuang hingga ke akhir, yang mana sangat membanggakan.

Dalam Pertandingan Bola Baling Peringkat Bahagian Limbang yang akan datang, tiga pemain dari sekolah kita telah terpilih untuk mewakili pasukan bola baling Lawas iaitu Willand Dave Domanic, Gladys Sarina Sinau dan Vivie Ally Rugu Melvine Morris. Diharapkan mereka dapat meneruskan usaha mereka dalam perlawanan yang akan datang dan membawa berita baik kepada kita.


Disediakan oleh,
Tuo Tai Soon
Guru Prasekolah


No comments:

Post a Comment

Beaufort Handball Open U11 2025

  πŸŽ‰ SJKC Chung Hua Trusan sekali lagi mencipta kegemilangan dalam Kejohanan Terbuka Handball Negeri U11 Beaufort! 🀾‍♀️πŸ† SJKC Chung Hua Tr...