Gambar Sekolah

Gambar Sekolah

Tuesday, August 27, 2024

Minggu Antidadah Peringkat Sekolah 2024

 

Pencegahan awal adalah bertujuan untuk melindungi murid daripada terlibat dengan dadah  sejak awal lagi. Untuk mencapai matlamat ini, seseorang murid perlu mempunyai pengetahuan tentang keburukan najis dadah, mempunyai ketahanan diri yang tinggi, sikap yang positif, mengamalkan nilai-nilai keagamaan, moral, budaya dan sosal yang murid. 

Oleh itu, Unit PPDa dan Unit B&K telah menganjurkan Minggi Antidadah untuk meningkatkan kesedaran murid di sekolah. Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuk:
  1. Ceramah Antidadah
  2. Penangguhan Minggu Antidadah
  3. Kuiz Antidadah
  4. Pertandingan Mewarna & Doodle Art
  5. Penghiasan Lorong Antidadah
  6. Senamrobik Antidadah
Untuk ceramah dan pameran Antidadah, pihak sekolah telah menjemput pegawai dari AADK Limbang sebagai penceramah. Antara pegawai jemputan ialah Encik Wong Hui Siew, Encik Mohamad Razib bin Thamrin dan Encik Awangku Mahyuddin. Perkongsian yang diberi amat berfaedah dan kita berpeluang untuk melihat contoh-contoh alat untuk dadah. 

Selain itu, pihak sekolah telah menjemput Zin Bryan untuk menjadi jurulatih dalam Senamrobik Antidadah. Semua murid berasa seronok dan mengikuti senamrobik yang dijalankan. 





Pertandingan Mewarna dan Doodle Art


Ceramah dan Pamerah Antidadah

Majlis Penangguhan Minggu Antidadah

Perkongsian 5 minit Antidadah

Sesi Bergambar

Penghiasan Lorong Antidadah (Sebelum)

Penghiasan Lorong Antidadah (Selepas)

Senamrobik Antidadah


Dengan kesimpulannya, program ini berjalan dengan lancar dengan adanya kerjasama daripada semua pihak. 


Disediakan oleh:
Fendy Ting 
PK HEM
SJK C Chung Hua Trusan













































Monday, August 26, 2024

Sambutan Hari Jadi bulan 6 , 7 & 8 🎂

Sebagai salah satu aktiviti bagi Program Guru Penyayang, Unit HEM telah menyambut hari jadi murid setiap 3 bulan sekali. Ini adalah untuk menghidupkan budaya saling menghargai antara semua warga sekolah. Murid akan berasa dihargai dan akan menghadirkan ke sekolah dengan penuh semangat. Pihak sekolah juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas goodies bag, hadiah dan kek hari jadi yang disumbang oleh ibu bapa atau penjaga. 

Hadiah, Goodies bag dan Kek yang disumbang oleh ibu bapa


Murid yang hari jadi bulan 6,7 & 8 berkumpul meniup lilin dan memotong kek

Murid berasa gembira apabila menerima hadiah yang disediakan oleh ibu bapa


Disediakan oleh:
Fendy Ting Sie Ying
PK HEM
SJK (C) Chung Hua Trusan




Tuesday, August 20, 2024

Pidato 3 Minit Aspirasi Generasi Madani Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

Pihak sekolah telah menyertai Pidato 3 Minit pada 20 Ogos 2024 secara serentak dengan semua sekolah di Malaysia bersempena dengan Amanat Tahun Baharu Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Pelaksanaan program ini bertujuan untuk menyokong strategi ketujuh dalam Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). 

Penyertaan ini akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records iaitu Largest Students Participation In A 'Pidato' Session.


OBJEKTIF

1. Membangunkan Kemahiran komunikasi dan mencungkil bakat serta kreativiti murid dalam berpidato secara bersahaja dan meyakinkan

2. Meningkatkan pengetahuan dengan menggalakkan murid membaca dan menghayati karya ilmiah

3. Membina keyakinan diri dalam kalangan murid.

4. Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

5. Memperkukuh nilai dan etika di mana murid belajar untuk memikirkan isu-isu penting, mengambil pendirian dan menyokong pandangan mereka dengan bukti dan hujah yang kukuh


MATLAMAT 

Penglibatan murid sebagai pemidato The Malaysia Book of Records Largest Students Participation In A 'Pidato' Session.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada setiap pemidato dari kelas masing-masing kerana berjaya menyampaikan pidato di dalam kelas.


Tahun Satu - Adik Calfrin 




Tahun Dua - Adik Alicesandria Takung Joshua


Tahun Tiga - Adik Raykal Rayyan 


Tahun Empat - Adik Anatasha Sim Qiao Xin

Tahun Lima - Adik Marcurs Seliang Maun 



Tahun Enam - Adik Chan Tai Theng 


Disediakan oleh,
Bong Min Youn
Ketua Panitia Bahasa Malaysia

























Wednesday, August 7, 2024

Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Tahun 2024

Pada 23 Julai 2024 dan 6 Ogos 2024 telah berlangsung Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Tahun 2024. SJKC Chung Hua Trusan telah mengikuti pertandingan Pidato (SJK) dan Bercerita (SJK). Pertandingan Pidato telah dijalankan secara dalam talian. Manakala, pertandingan Bercerita dilangsungkan di SK Kampung Seberang. 

Penyertaan murid SJKC Chung Hua Trusan dalam Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Tahun 2024 adalah seperti berikut: 
1. Maqdeline Sangan Maun (Pertandingan Pidato SJK) 
2. Willand Dave Domanic (Pertandingan Bercerita SJK) 

Keputusan pertandingan ini adalah seperti berikut: 
1. Maqdeline Sangan Maun (Pertandingan Pidato SJK) - Naib Johan 
2. Willand Dave Domanic (Pertandingan Bercerita SJK) - Johan 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid dan guru yang terlibat. 

 Maqdeline Sangan Maun (Pertandingan Pidato SJK)


Willand Dave Domanic (Pertandingan Bercerita SJK)


Disediakan oleh,

Muhammad Firdaus Bin Mohd Sedek

Setiausaha Panitia Bahasa Malaysia

Kejohanan Olahraga MSSD Lawas 2025

Sekolah Kami Sekali Lagi Berjaya Mencipta Sejarah!! Dalam Kejohanan Olahraga MSSD Lawas yang baru sahaja berakhir, setiap pelajar tidak gent...