Pihak sekolah telah menyertai Pertandingan Komik STEAM Di Sekolah 2023 : Mencipta Model & Sudut Dekorasi STEAM anjuran KADOKAWA GEMPAK STARZ dari 1 Mei 2023 hingga 1 Ogos 2023. GPM sekolah Cikgu Bong Min Youn dengan bantuan Cikgu Judith Lau Yi Jun telah membimbing pasukan guru, staf sekolah dan murid SJKC Chung Hua Trusan dalam menghasilkan model STEAM dan dekorasi PSS. Selain itu, satu video pendek telah dihasilkan untuk memperkenalkan sudut dekorasi STEAM melalui TikTok. Pihak sekolah telah berjaya memperolehi tempat ketiga SJKC dalam Kategori Khas Anugerah Penghasilan Video Pendek Terbaik. Tahniah dan syabas diucapkan kepada usaha semua guru dan murid dalam penyertaan pertandingan pada kali ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Beaufort Handball Open U11 2025
🎉 SJKC Chung Hua Trusan sekali lagi mencipta kegemilangan dalam Kejohanan Terbuka Handball Negeri U11 Beaufort! 🤾♀️🏆 SJKC Chung Hua Tr...
-
Dalam Karnival Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah Peringkat Daerah Lawas yang telah berlangsung pada 25 Julai 2025, kanak-kanak prasekolah...
-
Sebagai salah satu aktiviti bagi Program Guru Penyayang, Unit HEM telah menyambut hari jadi murid setiap 3 bulan sekali. Ini adalah untuk me...


No comments:
Post a Comment