Gambar Sekolah

Gambar Sekolah

Monday, May 27, 2024

Ceramah Bebas Denggi 🦟

Unit HEM dan Unit 3K telah mengadakan satu Ceramah Bebas Denggi pada 24.05.2025 yang bertempat di Pusat Sumber. 

Objektif program ini adalah :
  1. Mengetahui dan menyedari bahaya denggi dan kesan-kesannya.
  2. Memberi kesedaran kepada para murid terhadap tanggungjawab menghapuskan tempat pembiakan dan cara mencegah pembiakan Nyamuk Aades.
  3. Membentuk murid yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap persekitaran mereka dan bertindak dengan segera.

Penolong Kanan HEM , Cikgu Fendy merupakan penceramah untuk ceramah ini. Beliau telah berkongsi tentang simptom-simptom demam denggi dan cara untuk menghapuskan tempat pembiakan Nyamuk Aades. Sesi joal jawab juga dijalankan untuk menguji kefahaman murid.


Sesi ceramah

sesi soal jawab selepas ceramah
 
Dengan kesimpulannya, program berjalan dengan lancar atas kerjasama semua warga sekolah. Harap semua murid boleh mendapat kesedaran tentang bahaya denggi dan mengetahui cara untuk mengelakkan pembiakan Nyamuk Aades.


Disediakan oleh:
Fendy Ting Sie Ying
PK HEM 
SJK (C) Chung Hua Trusan














Monday, May 20, 2024

MSSD Olahraga Lawas Tahun 2024

Pada 15 dan 16 Mei 2024, sekolah telah menyertai pertandingan olahraga MSSD yang bertempat di Stadium Lawas. 


Uploading: 394627 of 394627 bytes uploaded. 
 
 
Beberapa atlet sekolah telah berjaya sampai ke acara akhir dan diharapkan bahawa murid akan dapat kemenangan pada tahun depan.



Tahniah juga diucapkan kepada Willand Dave Domanic dalam pencapaian naib johan lontar peluru 11 TKB dan mewakili daerah ke peringkat MSSB.






Friday, May 3, 2024

Pertandingan Bugcrusher 2024

 

Pada 30/4/24 Murid sekolah telah menyertai pertandingan Bugcrusher (peringkat negeri/ kebangsaan) yang melibatkan kemahiran STEM.

Murid menggunakan komputer riba dan belajar dari aplikasi Scratch 3.0 untuk menyelesaikan 'bug' yang ada di dalam satu program/ aplikasi.

Walaupun hanya peringkat penyertaan, ini telah membuka ruang kepada sekolah untuk menceburi bidang STEM dan dapat memupuk minat murid dalam penggunaan ICT.


Kejohanan Olahraga MSSD Lawas 2025

Sekolah Kami Sekali Lagi Berjaya Mencipta Sejarah!! Dalam Kejohanan Olahraga MSSD Lawas yang baru sahaja berakhir, setiap pelajar tidak gent...